Wikipedia:FAQ/Kategori
Soalan lazim (FAQ) berkaitan ciri-ciri Kategori Wikipedia.
Laman ini dialamatkan khusus kepada mereka yang menyunting Wikipedia. Untuk makluman para pembaca, sila lihat Wikipedia:FAQ/Kategori.
Bagi garis panduan yang lebih terperinci tentang mencipta dan menguruskan kategori, sila lihat Bantuan:Kategori. Lebih maklumat teknikal boleh didapati di Wikipedia:Kategori.
Soalan Umum tentang Kategori
[sunting sumber]Apakah Kategori?
[sunting sumber]Kategori membenarkan rencana-rencana diletakkan di dalam satu atau lebih kumpulan, dan membenarkan kumpulan-kumpulan ini dikategorikan lebih lagi. Apabila satu rencana ini kepunyaan sebuah kategori, ia akan mengandungi satu pautan khusus kepada satu laman yang memperihalkan kategori berkenaan.
Sama juga, apabila sebuah subkategori diletakkan dalam kategori induknya, laman subkategori itu akan mengandungi pautan khas kepada laman kategori induk.
Setiap laman kategori mengandungi pengenalan yang boleh disunting sama seperti sebuah rencana, dan sebuah senarai pautan kepada subkategori dan rencana yang dimiliki kategori tersebut yang dijana secara automatik.
Kategori-kategori tidak membentuk hierarki ataupun pepohon kategori ketat, oleh sebab setiap rencana boleh hadir dalam lebih daripada satu kategori induk. Ini membenarkan skema kategori berganda hadir serentak. Gelung dapat dibina dalan ruang kategori, akan tetapi ini tidak digalakkan.
Apakah tujuan kategori?
[sunting sumber]Terdapat dua cara utama menggunakan kategori: senarai dan topik. Apabila memulakan kategori, memilih sama ada ia sebuah senarai ataupun topik awal-awal lagi akan mengelak kemungkinan perlunya melakukan pemindahan, membuat kategori semula, dan perbincangan. Halaman kategori boleh digunakan bagi memaklumkan orang lain sama ada ia sebuah senarai ataupun topik, dan memautkan sebuah senarai induk ataupun rencana induk.
Lihat meta:Categorization requirements (Inggeris) bagi tujuan asal ciri ini, dan Wikipedia:Kategori bagi penggunaan semasa dan garis panduan umpukan.
Apakah kategori-kategori yang sudah wujud?
[sunting sumber]Cara terbaik untuk mengenal pasti apa yang sudah wujud ialah dengan melihat-lihat atau meninjau. Bermula sama ada di Wikipedia:Tinjau atau , yang memaparkan kategori-kategori aras "teratas" yang seharusnya dikaitkan dengan semua kategori lain. Kategori:Kategori ialah kategori aras atas piawai yang disediakan perisian MediaWiki, akan tetapi kategori yatim (kategori tanpa kategori induk) boleh wujud dengan sendirinya.
Bolehkah sesuatu rencana berada dalam lebih daripada satu kategori?
[sunting sumber]Boleh. Kebanyakan rencana dijangka menjadi ahli bagi satu atau lebih kategori. Begitu juga, setiap kategori boleh menjadi ahli bagi lebih daripada satu kategori induk.
Menyunting rencana menggunakan kategori
[sunting sumber]- Lihat juga:(Inggeris) meta:MediaWiki User's Guide: Using Categories.
Bagaimana menambah rencana kepada kategori?
[sunting sumber]Sunting rencana dan tambah [[Kategori:Nama kategori]] pada bahagian bawah rencana. Contoh:[[Kategori:Alat muzik]].
Bagaimana cara merujuk kepada kategori tanpa menambah halaman kepada kategori?
[sunting sumber]Untuk membuat pautan kepada laman kategori, letakkan tandah titik bertindih sebelum perkataan "kategori" dalam pautan tersebut, misalnya,
[[:Kategori:Makanan]], yang akan ditampilkan sebagai Kategori:Makanan.
Di mana harus diletakkan teg kategori dalam rencana?
[sunting sumber]Teg-teg kategori perlu diletakkan pada bahagian bawah rencana, selepas lampiran, dan sebelum pautan antarra bahasa wiki (lihat Wikipedia:Garis panduan reka letak). Ini akan memastikan teks utama dan tidak teg esoterik kategori dipaparkan apabila pengguna baharu menekan "sunting". Ia juga memastikan yang teg-teg kategori terletak pada tempat tekal agar senang dijumpai apabila seorang penyunting mengemas kini kategorisasi sekumpulan rencana.
Bagaimana cara untuk menyusun semula rencana pada halaman kategori?
[sunting sumber]Gunakan tag , contohnya . Semua kategori kemudiannya akan disusun di bawah "Ali" kecuali jika kunci susunan khusus digunakan untuknya (lihat di bawah).
Bagi kategori individu, gunakan kunci susunan. Sebagai contoh, rencana yang dikategorikan sebagai akan muncul di bawah huruf S dalam kategori tersebut.
Apakah kategori yang boleh digunakan untuk rencana mengenai orang?
[sunting sumber]Rencana mengenai individu perlu dikategorikan dengan berhati-hati. Berbeza dengan kandungan utama rencana, pelbagai pilihan kategori bagi individu sering kali tertumpu pada ciri-ciri umum yang tidak berkait rapat—seperti tempat lahir dan jantina—dan bukannya menekankan sebab individu tersebut dimasukkan ke dalam kategori berkenaan.
Lihat juga Wikipedia:Mengkategorikan rencana tentang orang.
Apakah yang perlu saya dilakukan jika saya melihat rencana tanpa sebarang kategori?
[sunting sumber]Anda boleh cuba kategorikannya sendiri dahulu. Jika anda tidak dapat berbuat demikian, tambahkan templat
| Laman ini tidak diletakkan di bawah mana-mana kategori. Sila bantu dengan menambah kategori padanya bagi membolehkan ia disenaraikan dengan laman yang sama. |
pada rencana tersebut; tindakan ini akan memaparkan notis bahawa rencana itu perlu dikategorikan dan menambahkannya secara automatik ke dalam senarai di Category:Uncategorized pages.
Kategori, senarai dan templat navigasi
[sunting sumber]Apakah perbezaan antara senarai dan kategori?
[sunting sumber]Mengumpul rencana ke dalam satu kategori tidak sama dengan membuat senarai rencana. Bagi membuat senarai rencana, anda sunting senarai secara langsung; tetapi untuk meletakkan rencana ke dalam kategori, anda sunting setiap rencana dan sisipkan teg kategori dengan meletakkan [[Kategori:nama_kategori]] dalam teks.
Ini akan menambah rencana-rencana sebagai sebuah senarai pada laman kategori berkaitan secara automatik. Walaupun terdapat perbezaan tentang bagaimana laman-laman tersebut diselenggara, kadang kala lebih mudah jika difikirkan kategori itu sebagai sebuah senarai rencana.
Sementara sebuah rencana mungkin terkandung dalam senarai berganda, tujuan sebenar ialah agar tinjauan ke bawah yang bermula daripada kategori induk, misalnya Kategori:Gitar akan memaparkan rencana yang hanya berkaitan gitar dan tidak rencana berkaitan misalnya Matteo Carcassi. Lihat contoh John Lennon (Inggeris).
Terdapat sedikit hierarki alami dalam senarai. Satu contoh ialah seperti klasifikasi saintifik (Inggeris) buat organisma yang hanya akan meletakkan rencana dalam satu kategori sahaja. Sistem-sistem lain menggunakan penyenaraian, misalnya Wikipedia boleh diletakkan dalam Kategori:Wiki dan Kategori:Ensiklopedia. Kategori penyenaraian juga berkemungkinan besar menjadi subkategori sebuah kategori tajuk. Menyelenggara dan memantau kategori lazimnya memerlukan usaha yang lebih berbanding senarai. Sekiranya anda ada kategori yang memiliki kriteria kabur atau yang kerap menambah ataupun membuang ahlinya, mewujudkan senarai lebih bersesuaian bagi anda. Maklumat lanjut berkaitan tajuk ini dapat diketemu di templat-templat Wikipedia:Kategori, senarai dan navigasi.
Adakah rencana jenis "Senarai ... " masih diperlukan?
[sunting sumber]Terdapat banyak rencana Wikipedia yang digelar "Senarai ... ", misalnya "Senarai Sultan Selangor". Senarai masih berguna bagi menunjukkan rencana yang "hilang".
Lihat juga: Wikipedia:Templat khas.
Adakah tajuk dan hierarki kota info masih diperlukan?
[sunting sumber]Banyak rencana mengandungi "kotak info"—kotak tepi ataupun pengaki yang memautkan rencana dan senarai lain, yang kadang kala mengguna Templat. Beberapa templat ini disenaraikan di Wikipedia:Templat pandu arah. Sementara terdapat kotak info lewah, yang lain mengandungi rujukan saling yang tidak dapat dilakukan dengan kategori.
Lihat juga: Wikipedia:Templat kategori, senarai dan pandu arah, Wikipedia:Siri rencana, Wikipedia:Siri penjawat kini.
Bolehkah laman hadir dalam dua atau lebih kategori?
[sunting sumber]Ya, memang diramalkan kebanyakan laman akan dimuatkan ke dalam lebih daripada satu kategori. Sama juga, setiap kategori boleh dimuatkan dalam satu atau lebih kategori induk. Lihat juga: Wikipedia:Kategorisasi#Peraturan kategorisasi berganda.
Apakah resam penamaan bagi kategori?
[sunting sumber]Gunakan resam penamaan Wikipedia bagi tajuk-tajuk: tiada huruf besar atau singkatan yang lewah, misalnya gunakan [[Kategori:Contoh kategori]] dan tidak [[Kategori: Kategori Cth]].
Elakkan kekaburan.
Senarai
[sunting sumber]Sekiranya kategori memuatkan rencana, elakkan daripada mengguna Senarai dalam nama kategori.
Walau bagaimanapun, sekiranya kategori menghimpunkan senarai, penggunaan kata Senarai dalam nama kategori adalah tepat misalnya, Kategori:Senarai gunung.
Tajuk
[sunting sumber]Gunakan nama tajuk tanpa menunjukkan struktur, misalnya [[Kategori:Alat muzik]] dan bukan [[Kategori:Alat - Muzik - Kordofon - Lut]].